Rabu, 14 Disember 2016

(F) HINDARI SIFAT JAHIL & TAKSUB : memuja, memuji, membersih, menyucikan serta menghapus dosa diri sendiri...

RIYA', UJUB, SUM'AH, TAKABBUR - bongkak : sombong - Syirik Khafi (samar-samar - dosa kecil) permulaan kepada Syirik Qolbi : Jalli (terang-terang - dosa besar)

Bermulanya Syirik khafi (samar : kecil - alam niat : i'ttiqad) dengan I'ttiqad (yakin qalbu) Riya', Ujub, Sum'ah, Takabbur... kemudian zahir dengan cara, sifat, kata-kata, perbuatan merampas, mendahului, sekutui serta diadakan tandingan & bandingan bagi hak-hak mutlak (zat) Allah... "taksub : memuja diri sendiri : TAKSUB kepada berhala manusia berkupiah-serban, berjubah & berjanggut - Padahal taksub semata-mata kepada Allah), Memuji diri sendiri : memuji berlebihan - bodek, Padahal segala pujian hanya bagi Allah, Membersih, menyucikan serta menghapuskan dosa diri sendiri, keturunan, kaum, puak, jemaah, partiNya... padahal tidak ada sesiapa pun yang berhak @ berkuasa untuk membersih & menyucikan dri aib/dosa serta maksiat/kejahatan diri melainkan Allah.


Rasulullah SAW bersabda

 إِنَّ أَخْوَفَ مَا أَخَافُ عَلَيْكُمُ الشِّرْكُ اْلأَصْغَرُ قَالُوا وَمَا الشِّرْكُ اْلأَصْغَرُ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ الرِّيَاءُ


SesungguhNya sesuatu yang paling aku takutkan terjadi pada kalian adalah adalah Syirik kecik (khafi - samar-samar); para sahabat bertanya : wahai rasulullah apakah syirik kecil ? Rasulullah menjawab "Riya" (termasuk Ujub, Suma'ah, Takabbur) 


[HR. Ahmad]


Riya', Ujub, Sum'ah, Takabbur itu bermula pada i'ttiqad (yakin qalbu) kemudian zahir dengan cara, sifat, kata-kata, perbuatan anggota jasad yang menjadi pakaian golongan manusia yang telah diresapi i'ttiqad (yakin qalbu) Syirik terhadap hak-hak mutlak zat Allah - Yahudi (al-Yahud), Syiah (Syiaeyyah-baru), Nasrani ; Trinity (an-Nasyoro) yang menjadi punca kerosakan dimuka bumi Allah ini sampai qiamat...

Kejahilan bukan sahaja akan melahirkan sikap taksub, malah lebih daripada itu ia mempunyai implikasi buruk terhadap kehidupan. Ia boleh menyebabkan kebinasaan kepada seseorang individu, masyarakat, agama (ad-deen-rububiyyah), Islam (i'ttiqad-uluhiyyah) serta Aqidah (al-Iman), Syariah-Fiqh (al-Ilmu) dan negara. 

Di samping merendahkan martabat insan, kejahilan tidak mengenal nilai-nilai kerjasama, timbang rasa, kecintaan dan keadilan. Kerana sikap jahil dan taksub itulah, maka perpecahan terus berlaku di kalangan kita umat Islam. Perbuatan ini ternyata bertentangan dengan syariat : Aqidaqh & I'ttiqad Islam.

Sudah menjadi lumrah dan nasib yang tersurat bahawa setiap Agama tauhid (ad-din : tauhid rububiyyah - Robb : Ahadun - zat Allah) serta I'ttiqad yang diredhai Allah terhadap hak-hak kekuasaan mutlak zat Allah Islam (al-Islam : I'ttiqad uluhiyyah - Ilah : Lillaahi) akan bertembung dengan ancaman hawa nafsu yang bergelora serta pemikiran yang menyesatkan. Agama tauhid tidak akan aman sama sekali daripada sikap pelampau dan ketaksuban. Bahkan setiap umat dalam menegakkan seruan syariat yang benar sentiasa berhadapan dengan golongan ini. Dari segi prinsipnya mereka memiliki kepercayaan serta pegangan atas nama agama yang di luar batasan ajaran agama tauhid & I'ttiqad Islam sebenar.

 
Demikianlah hakikatnya orang yang jahil perasaannya beku dan lemah otaknya. Justeru itu mudah menjadi taksub dan akibat ketaksuban ini ia tidak lagi boleh berfikir secara normal dan ia akan bertindak mengikut hawa nafsu bukan berlandaskan akal atau ilmu syariat & keimanan (Aqidah)

Kejahilan dan ketaksuban menjadikan diri mereka tidak dapat membezakan di antara kebenaran dan kebatilan. Hati mereka telah buta daripada keimanan (al-Iman mewajibkan al-Ilmu) dan ketakwaan (al-Islam mewajibkan ad-deen). Sebagaimana kata-kata hukama: “Buta hati kerana jahil lebih berbahaya daripada buta mata. Bukan sedikit mereka celik mata tetapi buta hati kerana jahil. Golongan ini makin diberi peringatan atau nasihat makin bertambah bebal dan jahil. Lebih berbahaya lagi apabila ditambah pula dengan penyakit kesombongan”. Sebagaimana kata Saidina Ali B. Abi Talib r.a : “Tiada musuh yang lebih Aku takuti daripada kejahilan. Setiap manusia menjadi musuh selama ia jahil.”

Kesimpulannya, jelaslah bahawa kejahilan adalah Kufur (tanpa Lillahi) pokok segala kecelakaan dan punca segala bahaya. Orang yang jahil tergolong dalam maksud hadis Nabi yang bermaksud: “Dunia itu terlaknat, segala isinya terlaknat, kecuali zikrullah (berzikir kepada Allah), sesesorang yang berilmu dan seorang yang mencari ilmu. Seorang yang jahil itu tidak akan terkeluar dari kegelapan kejahilan melainkan dengan nur dan cahaya ilmu pengetahuan. Ia merangkumi ilmu-ilmu untuk keperluan dan kesempurnaan tanggungjawab diri terhadap Allah serta ilmu untuk mempertingkatkan kualiti hidup diri, keluarga, dan masyarakat.

///
I'm BieJey.

Tiada ulasan:

GUNA AGAMA SEBAGAI WADAH POLITIK MEMANG BINASAKAN UMAT DAN BINASAKAN AGAMA.

Sabda Nabi saw.. ﻭَﻳْﻞٌ ِﻷُﻣَّﺘِﻲْ ﻣِﻦْ ﻋُﻠَﻤَﺎﺀِ ﺍﻟﺴُّﻮْﺀِ ﻳَِﺘَّﺨِﺬُﻭْﻥَ ﻫَﺬَﺍ ﺍﻟْﻌِﻠْﻢَ ﺗِﺠَﺎﺭَﺓً ﻳَﺒِﻴْﻌُﻮْﻧَﻬَﺎ ﻣِﻦْ ﺃُﻣَﺮَﺍﺀِ ﺯَﻣ...