Ahad, 12 Ogos 2018

MANA DIA 20 JANJI *MANIFESTO PAKATAN HARAPAN BAGI VETERAN ATM* Draft penambahan oleh : Mej Mior Rosli TUDM (B) Yang diluluskan oleh sekritariat Manifesto PH)

MANA DIA JANJI PH TERHADAP VETERAN ATM BERPENCEN - SELARASKAN BAYARAN PENCEN MEREKA MENGIKUT SKIL TANGGA GAJI SEMASA ATM, Sesuai dengan kehendak Perlembagaan : Akta AT... 

*Pakatan Harapan* akan memastikan ANGKATAN TENTERA MALAYSIA menjadi sebuah angkatan tentera yang dihormati dan disegani, yang sentiasa bersiap siaga dan berkemampuan untuk mempertahankan kedaulatan dan kemerdekaan negara dari segala ancaman luar dan dalam sempadan darat, Laut dan udara dengan anggota mahir dan dengan peralatan dan persenjataan yang canggih dan terkini di dunia mengikut kemampuan negara.
*Pakatan Harapan* akan memastikan bahawa setiap anggota tentera akan di beri latihan yang terbaik dari segi keimanan, kemahiran teknologi dan perang bagi melaksanakan tugas dengan penuh taat setia kepada Tuhan, Raja dan Negara menurut perlembagaan dan undang-undang yang sedia ada dan apa-apa undang-undang yang akan di kuat kuasakan dari masa kesemasa.

*Pakatan Harapan* akan memastikan supaya Angkatan Tentera Malaysia menjadi satu pasukan yang bersikap 'apolitical' dan 'non-partisan' dan tidak memihak kepada mana-mana parti politik melainkan menurut undang-undang yang ditetapkan.

*Pakatan Harapan* akan memastikan Angkatan Tentera Malaysia di kembalikan kedudukannya seperti mana yang sedia termaktub di dalam Perkara 41 perlembagaan persekutuan (Yang Di Pertuan Agong hendaklah menjadi Panglima tertinggi Angkatan Tentera Persekutuan), Perkara 132 perlembagaan persekutuan ( Angkatan Tentera adalah perkhidmatan awam yang terkanan di malaysia), Perkara 137 ( Majlis Angkatan Tentera bertanggonjawab kepada YDPA atas semua perkara2 Pemerintahan, Pentadbiran dan Disiplin ATM kecuali dalam hal pengunaan Operasi) dan apa-apa jua hak dan kuasa MAT Yang terkandung di dalam Akta Angkatan Tentera 1972, yang selama ini telah diabaikan atau di ketepikan oleh kerajaan Barisan Nasional.

*Pakatan Harapan* juga akan memastikan dan memperakui bahawa skim perkhidmatan Angkatan Tentera adalah berbeza dan tidak boleh di harmonikan dengan skim Perkhidmatan Am Awam dan akan memisahkan diantara Markas-Markas Formasi ATM dengan Kementerian Pertahanan supaya ATM boleh berfungsi secara mutlak mengikut kehendak Parliament dengan persetujuan Yang Di Pertuan Agong.

*Pakatan Harapan* memandang serius dan akan memberi penghargaan yang tertinggi keatas jasa-jasa Veteran ATM yang telah berkorban jiwa dan raga dalam berjuang untuk mempertahankan dan menjaga keselamatan Negara, pemimpin dan rakyat, khususnya bagi Veteran yang terpaksa bersara awal tanpa pencen, Veteran Yang mempunyai berbedzaan pencen dan elaun yang sangat ketara dengan mereka yang baru bersara, maka Pakatan Harapan akan memastikan agar mana-mana Veteran yang tidak berpencen di beri pencen mengikut kadar dan hak menurut undang-undang dan menyelaraskan pencen Veteran lama dengan yang baru supaya tiada lagi jurang perbezaan.

*Pakatan Harapan* juga akan memastikan pencen balu-balu Veteran akan di perkemaskan supaya balu-balu Veteran akan terus dapat menerima bayaran pencen dan elaun sepanjang hayat mereka selepas kematian suami/isteri.

*Pakatan Harapan* akan memastikan wang caruman anggota Tentera di Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) akan di munafaatkan sebaiknya untuk membantu, memberi peluang perkerjaan, peluang perniagaan, faedah socio-ekonomi di semua syarikat-syarikat dan anak-anak syarikat milik LTAT seperti hasrat Akta LTAT 1973.

*Pakatan Harapan* akan dari masa ke semasa memastikan semua Veteran ATM termasuk isteri/suami/balu akan di beri penghargaan yang setimpal dengan jasa-jasa mereka dalam hal perubatan percuma, rumah mampu milik bagi yang tidak berumah, pengakuan awam darat percuma, diskuan cukai pintu dan tanah, api dan air mengikut taraf socio ekonomi semasa Veteran, dan lain-lain perluang perkerjaan dan perniagaan untuk membantu meneruskan kehidupan Yang selesa bagi Veteran ATM dari masa ke semasa.

///
dicatat oleh :

I'm BieJey.

Tiada ulasan:

MANA JANJI MU, 100 HARI TELAH BERLALU : (T5P) - "Tuntutan 5 perkara oleh PAHLAWAN - GAJI SEMULA & SELARAS KADAR BAYARAN PENCEN VETERAN ATM, MENGIKUT KEHENDAK PERLEMBAGAN & AKTA AT...

      KEGAGALA N "T5P"... MENGUNDANG SIAP SIAGA VETERAN BERPENCEN DENGAN SKIM TANGGA GAJI SEBELUM UNTUK MENGATAKAN &qu...