Contoh :
RUMAH IBADAH YG DILARANG : DIHARAMKAN ALLAH DARI MENDIRIKAN SOLAT DALAMNYA SELAMA-LAMA - SAMPAI MATI @ SAMPAI QIAMAT YG MANA DAHULU BERLAKUNYA.
Dan (di antara
orang-orang munafik salah satu dari golongan Sesat juga ialah) orang-orang yang membina masjid dengan
tujuan membahayakan (perpaduan serta keselamatan orang-orang Islam), dan (menguatkan)
keingkaran (mereka sendiri) serta memecah-belahkan perpaduan orang-orang
yang beriman, dan juga untuk (dijadikan tempat) intipan bagi orang yang
telah memerangi Allah (yang kembali berIman) dan RasulNya sebelum itu. Dan (apabila tujuan
mereka yang buruk itu ketara disedari), mereka akan bersumpah dengan berkata:"
Tidaklah yang kami kehendaki (dengan mendirikan masjid ini) melainkan
untuk kebaikan semata-mata ". Padahal Allah menyaksikan, bahawa
sesungguhnya mereka adalah berdusta (niat mereka bukan semata atas dasar takwa kepada Allah).
(At-Taubah 9:107)
Jangan engkau Solat di masjid (rumah ibadah) itu selama-lamanya, kerana sesungguhnya masjid
(Qubaa' yang engkau bina wahai Muhammad), yang telah didirikan di atas
dasar taqwa dari mula (wujudnya), sudah sepatutnya engkau sembahyang
padanya. Di dalam masjid itu ada orang-orang lelaki yang suka (mengambil
berat) membersihkan (mensucikan) dirinya; dan Allah Mengasihi
orang-orang yang membersihkan diri mereka (zahir dan batin).
(At-Taubah 9:108)
Maka adakah orang yang
membangunkan masjid (rumah ibadah) yang didirikannya di atas dasar taqwa kepada Allah
dan (untuk mencari) keredaan Allah itu lebih baik, ataukah orang yang
membangunkan masjid (atas dasar parti diumpamakan masjid) yang didirikannya di tepi jurang yang (hampir)
runtuh, lalu runtuhlah ia dengan yang membangunkannya ke dalam api
neraka? Dan (ingatlah) Allah tidak akan memberi hidayah petunjuk kepada
orang-orang yang zalim (memecah belahkan umat).
(At-Taubah 9:109)
(Keruntuhan masjid)
yang dibina oleh mereka yang munafik (bukan atas dasar semata-mata takwa kepada Allah) itu (hati) sentiasa menjadi penyakit syak
dan keluh-kesah (lebih daripada yang sedia ada) dalam hati mereka, (dan
tidak akan habis) kecuali (apabila) hati mereka hancur-luluh (setelah mati dalam
tanah). Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui (akan niat mereka), lagi Maha Bijaksana.
(At-Taubah 9:110)
(At-Taubah 9:107)
(At-Taubah 9:108)
(At-Taubah 9:109)
(At-Taubah 9:110)
///
I'm BieJey.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan