Katakanlah (wahai Muhammad kepada kaum : golongan manusia yang beri'ttiqad : yakin kalbu syirik yang dilaknati Allah "al-Yahud - Yahudi): "Kalau syurga negeri akhirat itu telah menjadi hak istimewa untuk kamu pada sisi hukum Allah, tidak boleh dicampuri oleh orang-orang lain (kerana tidak sama parti seperti yang kamu dakwakan itu), maka cita-citakanlah mati (dengan bermunajat supaya kamu dimatikan sekarang juga), jika betul kamu orang-orang yang benar".
(Al-Baqarah 2:94)
Dan sudah tentu mereka tidak akan mencita-citakan mati itu selama-lamanya, dengan sebab dosa-dosa (syirik terhadap hak-hak mutlak zat Allah) yang telah mereka lakukan (Haadu : Hudaa - cara, sifat, kata-kata, perbuatan); dan Allah sentiasa mengetahui akan orang-orang yang zalim (diri sendiri) itu.
(Al-Baqarah 2:95)
Demi sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) akan dapati mereka itu (golongan manusia yang telah diresapi i'ttiqad syirik dilaknati Allah "al-Yahud-Haadu) setamak-tamak manusia kepada hidup (yang lanjut masanya - kalau boleh nak jadi PM/MB/YB sampai mati), dan (lobanya mereka kepada hidup itu) melebihi loba orang-orang kafir musyrik (berhala : patung). Tiap-tiap seorang dari mereka suka kiranya ia boleh hidup seribu tahun, padahal umur panjang yang demikian, tidak akan dapat melepaskannya dari azab (yang disediakan oleh Allah (kerana berlaku syirik terhadap hak-hak mutlak zat Allah). Dan (ingatlah), Allah sentiasa melihat akan apa yang mereka lakukan.
(Al-Baqarah 2:96)
Dan mereka (golongan manusia yang telah diresapi i'ttiqad syirik yang dilaknati Allah "al-Yahud" - Yahudi dan Nasrani -an-Nasyoro) berkata pula: "Tidak sekali-kali akan masuk Syurga melainkan orang-orang yang (beri'ttiqad : yakin kalbu syirik yang dilaknati Allah "Haadu : Hudaa") Yahudi atau Nasrani" (an-Nasyoro). Yang demikian itu hanyalah angan-angan mereka sahaja. Katakanlah (wahai Muhammad): "Bawalah kemari keterangan-keterangan yang (membuktikan kebenaran) apa yang kamu katakan itu, jika betul kamu orang-orang yang benar".
(Al-Baqarah 2:111
Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai orang-orang yang beri'ttiqad (dengan i'ttiqad syirik dilaknati Allah "Haadu" - cara, sifat, kata-kata, perbuatan) Yahudi (Yehud : Jew's), kalau kamu anggap bahawa kamulah sahaja orang-orang yang dikasihi Allah tidak termasuk umat-umat manusia yang lain, maka bercita-citalah hendakkan mati (dengan meminta kepada Allah supaya kamu dimatikan sekarang juga), jika betul kamu orang-orang yang benar!"
(Al-Jumu'ah 62:6)
Dan (sudah tentu) mereka tidak akan bercita-cita hendakkan mati itu selama-lamanya, dengan sebab dosa-dosa (syirik terhadap hak-hak mutlak zat Allah) yang mereka telah lakukan; dan Allah sentiasa mengetahui akan orang-orang yang zalim (diri sendiri) itu.
(Al-Jumu'ah 62:7)
///
I'm BieJey.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan