Menghuraikan persoalan ini, perlu terlebih dahulu difahami dengan benar apakah dia sekular (Secularisme) itu.
UNTUK mendapat gambaran yang jelas mengenai fahaman dan amalan sekular ini, kita perlu menyoroti kembali sejarah serta latar belakang kelahirannya di dunia Barat yang berI'ttiqad Kristian (i'ttiqad trinity : an-Nasyoro).
Hanya dengan pemindahan makna langsung dari dictionary dalam bahasa kita, tidak akan dapat memberi gambaran yang sebenar tentang tajuk yang dibincangkan ini.
Ajaran kristian seperti yang terdapat dalam kitab-kitab Injil yang ada di tangan orang-orang Kristian hari, hanyalah memberi penekanan kepada hal-hal yang berkaitan dengan peningkatan kerohanian, kehidupan akhirat, menyebarkan sifat-sifat kasih sayang, berlapang dada [ tasamuh ] dan menolak kekerasan hatta terhadap mereka yang melakukan kekerasan terhadap penganut kristian, menganjurkan kehidupan zuhub dengan mengenepikan kepentingan jasmani termasok biologist (perkahwinan) dan kebendaan. Tidak terdapat dalam kitab-kitab Injil ajaran-ajaran tentang pembinaan ilmu dan tamadun, peraturan yang berkaitan dengan politik, sosial dan sebagainya.
Ini dia bentuk ajaran kristian yang disebarkan di kalangan masyarakat Eropah sejak diisyhtiharkan sebagai agama rasmi negara oleh maharaja Rom, Constantine dalam tahun 324 Masihi. Bertolak daripada ajaran di atas, hubungan pihak berkuasa gereja dengan kerajaan dan masyarakat diasaskan kepad a teori '' Dua Pedang '' [ teory of two sword ],
Sekular dari perkataan Latin " saequlum " yang membawa makna '' masa sekarang '' dan '' duniawi '', seperti ysng disebut oleh Syed Muhammad An Naqib Al Attas: '' The concept secular refers to the condition of the word at this particular time or period or age'' [ Islam and Sucularism ] iaitu pedang kerohanian yang diwakili oleh kuasa gereja dan pedang keduniaan yang diwakili oleh kuasa pemerintahan awam.
Kemudia berlaku perkembangan di mana institusi gereja melampaui peranan hakikinya dengan turut merangkul dan meletakan di bawah cengkamannya kuasa pemerintahan serta segenap aspek kehidupan awam.
Keadaan ini lah yang berlaku disebabkan empayar Rom berpecah dan menjadi lemah. Bermula dari sini, kehidupan masyarakat Eropah mengalami zaman kemunduran, jumud serta penindasan oleh kaum gereja terhadap rakyat dan juga raja yang dikenali dengan zaman kegelapan atau Dark Age.
Risalah kerohanian yang sepatutnya menjadi keutamaan kaum gereja bertukar kepada kerakusan mengumpulkan harta benda dengan mengenakan berbagai-bagai cukai yg membebankan rakyat dan menjual sijil-sijil pengampunan. Dengan kekayaan yang melimpah ruah, institusi gereja telak bertukar menjadi pusat keruntuhan akhlak, setanding dengan pusat-pusat yang bersifat keduniaan, bahkan kadang-kadang mengatasinya dalam melakukan persundalam dan maksiat.'' [ An Nadawi, Maza Khasira Al A'lam ]
Menurut gambaran rahib Jarum: '' Kehidupan para paderi kemewahan mereka mengalahkan kemewahan yang dinikmati para raja dan golongan hartawan. Akhlak golongan pop telah rosak dengan begitu teruk sekali. Kerakusan dan ketamakan kepada harta menguasai diri mereka, hingga ke peringkat menjadikan pangkat dan jawatan dalam institusi gereja seperti barangan jual beli. Mereka menjual tanah syurga dgn menggalakkan orang ramai membeli kad serta sijil pengampunan yang boleh menghapuskan dosa pada masa dan akan datang...'' [ Con-flict of Religion and Science ]
Lebih malang lagi, khususnya dalam kontek perkembangan ilmu pengetahuan, penyelidikan ilmiah serta kebebasan berfikir, apabila kaum gereja telah menyeludupkan ke dalam kitab-kitab agama mereka pandangan-padangan tetang alam tabi;i yang wujud pada masa itu dan dijadikan sebagai akidah agama. Misalnya pendapat yang diketenggahkan oleh Aristotle, seorang ahli falsafah Greek bahawa bumi adalah pusat peredaran segala cakerawala, telah dijadikan pegang agama oleh kaum gereja.
Namun penemuan baru dalam didang astronomi yang dikemukakan oleh Nicolaus Copernicus [ 1473-1543 ] menunjukkan bahawa bumi bukanlah paksi utama pergerakan cekerawala, sebaliknya ia hanyalah satu daripada cakerawala-cakerawala lain yang beredar berpaksikan matahari.
Maka ekoran daripada perkembangan ini, kesahihan faktar sain dalam kitab suci agama Kristian mula dicabar satu demi satu dengan setiap penemuan baru dalam didang sains, dan kewibawaan gereja juga turut sama tercabar. Maka berlakulah pertentangan antara ahli fikir dan kaum gereja.
Berasas latar belakan ini juga, adalah penting diberi perhatian. Daripada sejarah latar belakang kelahiran fahaman sekular serti yg dipaparkan itu adalah nyata bahawa sekular tidak ada kena mengena dengan Islam, seperti yg ditegaskan oleh Syed Muhammad An Naqib Al Attas: Islam totally rejects any application to itself of the concepts secular, or secularization, or secularism as they and belong and alien to it in every respect and they belong.\, and are natural only to the intellectual history of Western Christion religious experience and conciousness. [ Islam and Secularism ], adalah penting diberi perhatian bahawa setiap istilah yg dipakai dalam membicarakan tajuk ini, diberi makna yg tersendiri berlainan dari maknanya menurut pergertian biasa. Umpama apabila kita mengatakan: Agama dipisahkan daripada politik. '' Maka '' agama '' di sini merujuk kepada Kristian sahaja.
Malah perkataan '' Kristian '' itu sendiri bukanlah bermakna ajaran-ajaran yg terdapat dalam kitab-kitab Injil, tetapi ia lebih kepada fikiran-fikiran dan pandangan kaum gereja yang jumud serta peraturan-peraturan dan kepercayaan yg direka oleh mereka dengan tujuan untuk menguasai manusia yg diberi pakaian agama [ Kristian ].'' Jadi dalam kontek ini, apabila dikatakan; '' Pertentangan antara agama dan sains'', ia bermakna: '' Pertentangan antara kaum gereja dgn segala ajaran yg direa oleh mereka dan sains.''
Seperkara lagi yg perlu diberi perhatian dalam kita membicarakan tajuk sekular ini ialah: Dari aspek kemanusiaan, proses sekularisasi yg berlaku dalam masyaralkat Barat-Kristian adalah satu keperluan bagi menyelamatkan manusia di Barat dari kesengsaraan, penindasan dan berterusan berada dalam zaman kegelapan [ Dark Age ].
Dari segi Dkwah Islamiyah pula, umat Islam lebih selamat dan lebih bebas mengamalkan ajaran Islam, malah menyebarkan Dakwah Islamiyah di kalangan masyarakat Eropah ketika berada di bawah pemerintahan sekular setelah fahaman Salibiah yg diamalkan oleh kaum gereja dapat disisihkan. Telah disebutkan sebelum ini bahawa pada zaman kekuasaan gereja, perbezaan agama tidak dibenarkan sama sekali, malah perbezaan mazhab juga dilarang.
Setelah seluruh kerajaan Islam Andalusia jatuh ke tangan tentera Salib dengan penyerahan Granada, negeri Islam terakhir oleh Sultan Abu Abdullah kepada pasangan raja Kristian Ferdinand dan Isabela pada 2hb januari 1492, bermulalah gerakan penghapuskan Islam dari bumi Andalusia.
Pihak gereja tidak membenarkan sama sekali agama yg lain selain daripada Katolik berada di bumi Sepanyol. Orang-org Islam yg enggan keluar dari Sepanyol dipaksa menganut agama Kristian Yang enggan bertukar agama dibunuh dengan cara yg amat kejam iaitu dibakar hidup-hidup.
Pihak pemerintah menubuhkan Mahkamah Penyiasatan [ Inqisition ] bagi memburu mereka yg berpura-pura menganut Kristian tetapi mengamalkan Islam secara sulit. Pemburuan dan penyembelihan terhadap umat Islam ini beterusan hingga lebih dua abad lamanya. Kalau kita perhaluskan sejarah sekular ini kita menintiskan air mata.....
Menurut Dr.Ahmad Syalbi, dianggarkan lebih dari 300,000 orang telah dijatuhkan hukuman bakar oleh Mahkamah ini semenjah penubuhannya di Sepanyol [ Al Masihiyah ].
Islam hanya dapat bertapak semula selepas lima abad kemudian, setelah gereja dipisahkan dari kuasa awam dan tertubuhnya kerajaan sekular yg mengamalkan demokrasi di Sepanyol dalam tahun 1975.
Kembali kepada perjuangan UMNO , adalah jelas seperti yang termaktub dalam Fasar 3, Ceraian 3.3 menyatakan bahawa tujuan penubuhan UMNO sebagai sebuah parti politik ialah untuk: '' Menengak, mempertahan dan mengembangkan Islam, agama rasmi negara, sekarang ditukar agama rasmi persekutuan, serta menghormati prinsip kebebasan beragama,'' Sedangkan sekular seperti yg diketahui adalah perjuangan membebaskan diri dari agama.
Pada hakikatnya, berasaskan faktar sejarah. UMNOlah yang mempelopori perjuangan menentang sekularisasi di tanahair kita. Maknanya apa yg katakan oleh golongan Syaitan bisu meleset sama sekali.
Rancangan Malaysia Union yang cuba dipaksakan oleh British ke atas Tanah Melayu, selain daripada ianya merupakan suatu bentuk penjajahan, ia juga adalah satu perancangan mensekularkan negara ini, kerana dalam rancangan Malaya Union seluruh kuasa negeri-negeri Melayu diletakkan dalam kuasa kerajaan Britain, yang tinggal pada orang Melayu hanyalah '' hal ehwal agama;;. '' Agama '' menurut pengertian British ialah urusan ibadat dan kekeluarga sahaja. Dengan Kuasa Allah, Orang-orang Melayu pada ketika itu, yang kemudiannya bersatu di bawah naugan UMNO , menyedari bahawa rancangan ini bercanggah dengan ajaran Islam, kerana mereka memahami bahawa Islam itu adalah agama dan kedaulatan , ibadat dan pemerintahan.
Lalu UMNO ditubuhkan untuk menjadi wadah bagi perjuangan umat menentang Malaya Union dan menegakkan kedaualatan Islam dengan membebabaskan tanahair dari cengkaman penjajah British. Bukan Parti PAS.
Memandangkan hakikat inilah , maka penubuhan UMNO mendapat sokongan padu daripada para ULAMA' pada ketika itu. Beberapa wakil dan pemerhati ke Kongres Melayu 1946 yang melahirkan UMNO terdiri daripada kalangan ulama;.
Antara mereka sekadar menyebutkan beberapa nama ialah:
1. Haji Husin Cik Dol [ Kesatuan Melayu Kedah ]
2. Haji Fadhullah Suhaimi [ Persatuan Persetiaan Melayu Kelantan ]
3. Sheikh Ahmad Sheikh Mustafa [ Persekutuan Melayu Negeri Sembilan ]
4. Haji Ismail Hamza- Mufti Perak [ Perikatan Melayu Perak ]
5. Sheikh Hamzah Mu'ti [ Persatuan Melayu Perak ]
6. Haji Mohd Nur Bakri [ Pembantu Indonesia Merdeka Se Melayu ]
Pada 28hb Mei,1946, satu perhimpunan terbesar orang-orang Melayu diadakan di Kuala Kangsar, Perak bagi menyatakan bantahan terhadap racangan Malaya Union. Perhimpunan ini dilahadiri oleh Raja-raja Melayu, Dato'Onn dan para pemimpin UMNO ,dua orang Ahli Parlimen British, iaitu Kapten Gammans dan Lt. Col. Rees Williams, serta rakyat jelata dari seluruh pelusuk negeri Perak.
Dalam perhimpunan ini, Mufti Perak, Haji Ismail Hamzah telah membaca perisytiharan membantah Malaya Union. Antara isi kandungan perisytiharan itu tersebut berbunyi: '' Kami pohon menyatakan bahawa bagi membawa perkara ini di dalam lingkungan undang-undang kekuasaan negeri-negeri asing [ Foreign Juris-diction Act of 1890 ] itu adalah suatu langkah yg bertujuan melenyapkan kami dari alam politik. Kami telah oun dan masih mendakwa adalah kami berpemerintahan Sultan-sultan Islam Melayu yang merdeka '' [ Ibrahim Mahmood, Sejarah perjuangan Bangsa Melayu ]
Adalah jelas daripada petikan perisytiharan di atas, bahawa perjuangan UMNO ialah untuk mempertahankan kedaulatan Islam yang cuba disekularkan oleh British melalui rancangan Malaya Union. Cuma istilah sekular ini belum lagi dikenali di kalangan orang-orang Melayu pada waktu itu.
Dengan ini, nyatalah bahawa UMNO adalah pelopor dalam perjuangan menentang fahaman sekular di negara kita. Maka pendapat saya sesiapa menentan UMNO ada haram hukumnya mengikut dalil-dali nas-nas dan sejarah ini.
///

I'm BieJey.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan