Khamis, 23 Ogos 2018

HAK ATM & VETERAN ATM DICEROBOH SEWENANG-WENANG OLEH KERAJAAN YG SEDANG BERKUASA.

APAKAH KUASA DYMM SPB YDA Dan MAJLIS ANGKATAN TENTERA  (MAT) MENURUT UNDANG2 YANG SEDIA ADA?
 
 
Tuan2 dan Puan2 para Veteran sekalian. Sebelum saya terangkan kenapa saya mengambil keputusan dengan berani untuk menerangkan kepada semua lapisan veteran ATM tentang kuasa DYMM SPB YDA terhadap ATM Dan kuasa2 MAT, elok saya huraian Sejarah nya dengan ringkas terlebih dahulu.
Saya Dan Lt kol Jalil Ithnin adalah bekas pegawai TUDM Yang mempunyai kelulusan undang2. Sejak dulu lagi Kami membincang tentang kuasa DYMM SPB YDA sebagai Panglima Tertinggi Angkatan Tentera Persekutuan Malaysia, kuasa2 yang ada pada MAT Di dalam Perlembagaan dan Akta Angkatan Tentera 1972, Dan juga wasiat Raja2 Melayu 1957.
Masaalah Veteran yang tak berpencen ini baru ujud lewat tahun 90an kerana sebelum ini jumlah Veteran tidak ramai. Apabila negara melalui zaman gawat demi gawat, ekonomi rakyat terutama orang Melayu makin tersepit. Warga veteran sejak zaman Tun Mahathir lagi di janji dengan bermacam2 program untuk meningkatkan ekonomi Veteran. Tetapi janji2 ini semua indah khabar dari rupa. DEB Yang Di buat oleh Tun Razak juga gagal. Apakah punca sebenarnya? Tidak lain tidak bukan puncanya adalah kerana politik. Lanun2 politik telah merosakkan program2 kerajaan dan merompak keuntungan untuk diri atau di Ali Baba kan.

Dengan kekuatan tentera di negara jiran seperti Thailand dan Indonesia, pemerintah Malaysia merasa curiga terhadap Askar Melayu Diraja (ATM). Dari tahun 1963 kerajaan cuba merendahkan taraf ATM lebih rendah dari perkhidmatan awam melalui penurunan gaji (lapuran kajian Tun Suffian) tetapi tidak berjaya. Orang Melayu adalah terkenal dengan sikap Taat Setia mereka kepada ketuanan Melayu mereka ( dulunya Raja2 Melayu). Olih yang demikian tidak pernah tergerak ATM hendak memberontak atau ambil alih kuasa seperti Tentera2 Di negara jiran, walaupun Negara ketika itu telah masuk ke era dharurat kedua (1960/1986). Keadaan yang paling meruncing adalah apabila belaku peristiwa 13 Mei 1969. Tun Razak tidak melepas jawatan walaupun dharurat di perketatkan lagi. Tanpa memberi kuasa kepada ATM, Tun Razak menubuhkan MAGERAN. ATM berdiam diri dan patuh pada perancangan kerajaan.

Selepas peristiwa 13 Mei reda, pada tahun 1972, kerajaan mula bertindak secara halus tanpa meminda kuasa Agong dan MAT membuat satu Suruhanjaya gaji yang di namakan Lapuran Suruhanjaya Shiekh Abdullah. Dalam perancangan ini, kerajaan menurunkan gaji pegawai kedet ATM dan apabila mereka di tauliahkan gaji Leftenan muda dan setaraf menjadi lebih rendah dari gaji pegawai diplomatic/ tabur awam. Gaji pegawai atasan tidak di sentuh malah di beri perbagai elaun hingga lah ke general. Gaji bagi LLP menjadi kaku untuk sekian lama. Gaji koperal kitika itu tidak sampai RM 250 sebulan. Usaha ini berjaya membuat pegawai awam lebih tinggi. TETAPI dengan kuasa Allah, kerajaan tidak meminda perlembagaan terutama perkara 41, 132 dan 137. Kuasa ini kekal dalam perlembagaan. Apabila Akta Angkatan Tentera 1972 di buat kerajaan masukan bulat2 Malay Regiment Enactment (MRE), Dan sebahagian undang2 Royal Airforce dan Royal Navy. Maka ini lah sebahagian apa yang saya hendak bentangkan pada semua Veteran.
Apabila saya mula tulis didalam Facebook, ramai dari kalangan mereka yang taksub dengan pemimpin politik dan PVATM mencaci hamun saya. ADA Yang kata saya nak cari jawatan, ada yang kata saya menghina Raja2 Melayu, dan ada yang menuduh saya hendak memberontak dan macam2 lagi.

Dulu persatuan Veteran hanya satu(persatuan bekas Perajurit), tetapi kerajaan telah menubuhkan Akta Veteran 2012, sehingga kini persatuan veteran telah berpecah kepada 118 buah persatuan. PVATM bukan Persatuan induk lagi tapi telah menjadi setaraf dengan semua persatuan2 Veteran yang lain.
Adakah ini di rancangan oleh kerajaan? Wallahualam. Kesannya VETERAN TIDAK ada suara yang kuat. Veteran di gula2kan dan beberapa persatuan veteran di gunakan oleh parti politik yang memerintah untuk mengunakan kepakaran Veteran2 ini untuk parti mereka.. Dan perlu ingat, Lebih dari 90% veteran adalah orang Melayu dan lebih dari 50% dari mereka adalah terdiri dari yang susah ekonomi dan kehidupan.

Meringkaskan cerita, terdapat kata2 dari mereka yang baru tahu apa yang saya nak persembahkan dan bentankan .. KENAPA TIDAK IKUT SALURAN TERTENTU TERLEBIH DAHULU SEBELUM NAK KUMPUL SEMUA VETERAN. Saya sudah penat menjawab soalan ini. Berikut saya jelaskan untuk kali Yang berapa pun saya tak ingat. Saya ceritakan dari mula hingga kini apa yang Kami telah lakukan:

1. Perbincangan saya dengan LtKol Jalil TUDM pada pertengahan tahun 2016 buat dalam group WhatsApp PVTUDM Dan mendapat perhatikan pegawai2 Kanan TUDM termasuk mantan2 PTU. MG Dato' Muslim Ayob TUDM berminat agar kajian Terperinci di lakukan dan dipersembahkan pada PAT, MAT Dan Agong.
2. Kami tubuhkan team kajian Kami yang di anggota olih:
a. Gen TS Rodzali Daud TUDM (Mantan PTU, penasihat)
b. MGen Dato' Muslim Ayob TUDM (Mantan Pang Bantuan Udara, pengerusi)
c. MGen Dato' Mohd Noh Said TUDM (mantan Timbalan ketua Staff Markas Udara, Ahli)
d. BGen Dato' Adnan Ali ( mantan ketua Pengarah JRP ATM, ahli)
e. Mej Dato' Zainuddin Che Din TUDM (Mantan Jurulatih terbang pejuang, Ahli)
f. Ltkol Jalil Ithnin TUDM (mantan PS1 undang2 Markas ATM, pengaji undang2)
g. Mej Hj Mior Rosli TUDM ( mantan pegawai memerintah Rejimen TUDM PASKAU, pengaji undang2)
h. BGen Dato' Abdullah TUDM (mantan komandan maktab Pertahanan, setiausaha)
3. Persembahan Pertama kami adalah kepada semua mantan2 PTU dari AVM TS Sulaiman Sujak hingga ke Gen TS Rodzali. Mereka adalah ahli2 MAT mengakui undang2 yang Kami tunjuk adalah sahih tetapi mereka tidak tahu yang ianya ujud. Mereka sokong agar Perkara ini di bawa ke atas hingga ke Yang Di Pertuan Agong.
4. Persembahan kepada semua mantan pegawai TUDM yang menjadi Ahli PVTUDM dan mendapat sambutan hangat dan sokongan padu untuk di teruskan.
5. PVTUDM membuat persembahan kepada Majlis tertinggi PVATM dan 89 Wakil2 persatuan Veteran ATM dan mendapat mandat untuk di persembahankan pada MAT.
6. Saya dan BG Dato' Adnan Ali membuat persembahan ke pada AJK RAFOC Yang Di pengerusikan oleh Gen TS Abdul Rahman. Kami juga mendapat sokongan.
7. PVTUDM membuat persembahan kepada Semua Bekas ahli2 MAT (Chiefs Circle) iaitu mantan2 PAT, PTD, PTL,Dan PTU. Kami juga mendapat sokongan padu dari mereka Dan jelas mereka tidak sedar kuasa yang mereka sepatutnya ada dulu.
8. Sebelum Bulan puasa tahun 2017 , Gen TS Rodzali Daud telah mengahantar Surat kepada PAT, Gen TS Raja untuk kami berjumpa JPP( MAT). Tapi hingga Selepas hari Raya Gen TS Raja tidak menjawab walaupun dua kali peringatan di beri.
9. PVATM dan JHEV membuat perhimpunan raksaksa Veteran bersama PM tetapi isu kami di diamkan. Dan veteran2 yang hadir pulang dengan hampa.
10. Dari sumber dalaman, kami di beritahu bahawa ASPA ada himpunkan semua peguam ATM untuk mencari point dimana undang2 yang kami kaji adalah salah dan tidak betul. Tapi malannya bagi mereka yang mereka tidak dapat satu hujah pun menunjukkan undang2 itu salah.
11. Kementah anjur TN50 (Pertahanan) dengan persatuan Veteran. Kerajaan Masih menafikan hak pencen dan penyelarasan pencen.
12. Saya izinkan YB Laksmana pertama Imran (MP Lumut) untuk bentang isu kuasa Agong Dan MAT Di Parliament. Tapi Menteri Pertahanan cuba putar belit jawapan nya dan menidakkan kuasa MAT membuat pencen Dan peraturan2 lain seperti dalam Akta AT72.
Olih kerana pehak yang masih dalam perkhidmatan dan kerajaan enggan mendengar maka Tim kajian pencen kami di bubar dan hanya tinggal 4 orang yang nak terus memperjuangkan kebajikan Veteran ini. Mereka adalah Yang menjadi Ahli Patriot:
a. Ltkol Jalil Ithnin TUDM
b. Mej Hj Mior Rosli TUDM
c.Mej Dato' Zainuddin Che Din TUDM
Dan
d.seorang lagi peguam Yang berjuang menuntut hak 404 pegawai Yang Di gelar "The Last Mohican" iaitu Kapt Tengku Zainal.
Jika sejauh ini kami telah bawa isu undang2 ini, salah lah Kami menerangkan kepada semua Veteran terutama mereka yang di tipu dan di anaiya selama ini?

KENAPA KAMI MAHU menerangkan undang2 ini kepada Semua Veteran?
1. 89 Wakil2 persatuan Veteran yang hadir di meja bulat GAGAL menyampaikan maklumat kami pada ahli2 mereka.
2. PAT Dan MAT enggan BERSEMUKA dengan kami untuk kami beri penyelasan.
3. ATM Dan Raja2 Melayu ditipu oleh UMNO Dan perkhidmatan awam sejak 1963 lagi.
4. Jika di biarkan ATM akan jadi lemah dan ATM akan jadi kebawah dari perkhidmatan awam.
5. Kami mahu kuasa ATM ini kekal mengikut undang2 yang ada dan bukan Di bawa parti politik yang memerintah atau yang akan memerintah.
6. Selepas Bersara atau berhenti ,semua Veteran harus di beri penghargaan yang sepatutnya nya menurut undang2. Kalau orang politik boleh pencen berbelas ribu dan di beri kemudahan khas selepas khidmat 5 tahun sahaja kenapa tidak ATM ?
7. Perkhidmatan ATM tidak sama dengan Awam. KENAPA kerajaan nak Samakan ATM dengan Awam?
8. Untuk menyelamatkan Veteran disalah gunakan oleh parti politik Yang memerintah atau yang akan memerintah kemudian. Cukup sudah Veteran di gula2kan.
Bagi yang berminat dan mahu menuntut hak menurut undang2 Yang sedia ada, marilah mendengar penerangan kami. Yang tak berminat dan mereka2 yang hanya nak buat kecoh, tak perlu dengar.
Apa yang kami buat adalah fisabilillah. Kami tidak di bayar dan kami sewa auditorium pun dengan duit kami. Nak bagi bas atau duit poket kami tak mampu. Olih kerana kami faham yang Tuan2 dan Puan2 ramai yang susah, itu pasal kami cuba merancang pergi dari Satu negeri ke satu negeri. Dan itu pun bergantung kepada kedudukan kewangan kami. Harap bersabar lah.

APAKAH UNDANG2 YANG KAMI NAK BAHASKAN?
1. WASIAT RAJA2 MELAYU (NO.3)
2. PERKARA 40(2) & 40(3) perlembagaan persekutuan, budicara Yang dipertuan Agong.
3. Rukun Negara.
4. PERKARA 41 perlembagaan persekutuan, Pemerintah Tertinggi AT.
5. Kedudukan dan kuasa Jawata kuasa panglima2.
6.PERKARA 132(1) PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN, kedudukan ATM adalah Yang tertinggi diantara semua perkhidmatan awam Di malaysia.
7. Perkara 137(1) perlembagaan persekutuan, MAT bertanggonjawab Di bawah kuasa am Yang Di Pertuan Agong bagi Pemerintahan, tatatertib, dan pentadbiran ATM.
8. PERKARA 137(3) ahli2 MAT
9. PERKARA 137(4), Menteri Pertahanan dan KSU tidak ada kuasa veto Dalam MAT.
10. MAT bertanggonjawab Di bawah kuasa Agong dalam banyak hal Dalam AAT72 seperti sek 15, 36, 157, 187 Dan lain2
11. Peraturan2 AT (terma2 perkhidmatan bagi Angkatan Tetap.
12. Federation Army (pay and allowances) regulations 1961
13. Peraturan2 tetap ( pencen, Ganjaran Dan Faedah2 lain)
14. PERKARA 139 menyatakan Suruhanjaya awam tidak ada jurudiksi terhadap ATM.
15. PERKARA 43 perlembagaan persekutuan, kuasa Menteri
16. Perkara 147, perlindungan hak pencen
17. SEK 2 Akta pencen 1980, ATM tidak tertakluk dgn Akta pencen
18. Akta penyelarasan pencen

AMALAN YANG ULTRA VIRES TERHADAP PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
1. ATM Dan KEMENTAH adalah dua oraganisasi Yang berbeza tapi menjadi Satu.
2. PAT Di letak Di bawah KSU Kementah
3. Pada tahun 1982, MAT Di turunkan taraf Dan duduk bawah Lembaga menteri Pertahanan.
4. Skim perkhidmatan, gaji, pencen Semua kuasa Agong Dan MAT tapi di cerobohi oleh perkhidmatan awam Yang mengikut Perlembagaan sememangnya tiada kuasa berbuat demikian.
5. Sekarang MAT Di cerobohi lagi dengan Di letak Di Bawa kumpulan Pengurusan AT.
6. Veteran Di paksa terima kenaikan pencen 2% walhal Tentera tidak terikat dengan Akta pencen
7. Mengikut peraturan2 Angkatan Tetap (pencen, Ganjaran dan Faedah2 lain) 1982, SEK 60,61 pencen Veteran mesti diselaraskan mengikut pangkat yang setaraf dengannya mengikut gaji semasa.
8. Pegawai ATM Yang dalam skim Tetap boleh dapat pencen Apabila telah khidmat 10 tahun. ( SEK 22(2)(a) Dan SEK 22(6)(a)

Terdapat banyak lagi isu Yang boleh saya buktikan bahawa Kerajaan telah mencerobohi hak ATM Dan veteran2. Paling utama kerajaan Cuba harmoni Kan perkhidmatan Tentera dengan awam walhal latihan Dan kerja Dan hak ATM adalah sangat jauh berbeza dengan Perkhidmatan awam. Says mencabar KSN Dan KSU Dan kakitangan awam tidak mampu menjalankan kerja2 Tentera. Seperti contoh kerja platun komander meyerang kubu musuh atau Leftenan muda memandang jet perjuang. Jauh bezanya.
///
Wabillahi Tauqfiq Walhidayah, wassalamualaikum.
Yang ikhlas
Mej Hj Mior Rosli TUDM, Bersara.

Tiada ulasan:

GUNA AGAMA SEBAGAI WADAH POLITIK MEMANG BINASAKAN UMAT DAN BINASAKAN AGAMA.

Sabda Nabi saw.. ﻭَﻳْﻞٌ ِﻷُﻣَّﺘِﻲْ ﻣِﻦْ ﻋُﻠَﻤَﺎﺀِ ﺍﻟﺴُّﻮْﺀِ ﻳَِﺘَّﺨِﺬُﻭْﻥَ ﻫَﺬَﺍ ﺍﻟْﻌِﻠْﻢَ ﺗِﺠَﺎﺭَﺓً ﻳَﺒِﻴْﻌُﻮْﻧَﻬَﺎ ﻣِﻦْ ﺃُﻣَﺮَﺍﺀِ ﺯَﻣ...