كتوهانن & فوليتيك "SUKU tapi BERSEKUTU"
Khamis, 15 Disember 2016
(F) PAS GOLONGAN SYIRIK - AL-YAHUD - HAADU : NON MUSLIM... ???
PAS menanam sifat buruk ke dalam diri umat Islam di Malaysia seperti suka menilai dan menghukum sesama sendiri yang mana adalah hak Allah semata-mata. PAS membawa pendekatan mengukur dan mengira dosa pahala dan iman manusia lain di dalam kehidupan seharian. Ini menyebabkan umat Islam di Malaysia mula bersyak wasangka, tuduh menuduh serta bermusuhan sesama sendiri. Pendekatan ini juga menggalakkan sifat dengan I'ttiqad (yakin qalbu) prejudis, ujub, sum'ah, takabbur dan riya' adalah golongan Syirik (al-Yahud - Haadu : cara, sifat, kata-kata, perbautan) terhadap hak-hak mutlak (zat) Allah.
Akibatnya, masyarakat Islam di Malaysia menjadi masyarakat yang mementingkan kulit dan bukan isinya kerana terlalu bimbang dengan pandangan orang lain. Bertitik tolak dari situ lahirlah generasi yang memakai tudung, bertudung litup tetapi rendah moral dan tidak beradab serta manusia keji yang berjubah ketayap, sembahyang tunggang terbalik tetapi sanggup merogol anak sendiri serta melakukan maksiat walaupun zahirnya berkupiah-serban, berjubah & berjanggut.
PAS sering melaungkan bahawa PAS adalah Islam dan Islam adalah PAS. Fahaman ini jelas sesat kerana PAS hanyalah sebuah parti politik dan bukannya agama (ad-deen - tauhid zat Allah). Bila namanya politik, tidak boleh tidak ia tetap akan terpalit dengan kotoran. PAS telah dengan sengaja mencemar nama Islam (al-Islam - I'ttiqad : yakin kalbu yang diredhai Allah terhadap hak-hak mutlaknya) dengan menamakan parti mereka dengan nama Islam.
Nama Islam tercemar dengan sifat pemimpin-pemimpian seperti Nik Aziz mahupun Hadi Awang bukannya berdakwah (Lillaahi - semata-mata kerana Allah) tetapi berpolitik (duniawi - jawatan, pangkat, kuasa, popularity, nama, gelar, kekayaan). Kedua-dua manusia yang menggelar diri sendiri ulama ini bertungkus lumus siang malam bukannya untuk membuat kebajikan mahupun menyebarkan agama (ad-deen - tauhidkan zat Allah maha Esa hanya Satu - Ahadun : Wahidun), tetapi seluruh hidup manusia berdua ini dipusatkan ke arah memenangi pilihanraya. Matlamat utama hidup mereka bukan kejayaan akhirat tetapi jawatan, pangkat, kuasa, popularity, nama, gelar, kekayaan semata-mata. Mereka juga tidak malu untuk menanam sifat membenci terhadap musuh-musuh politik mereka.
Orang yang benar-benar berdakwah tidak perlukan kuasa memerintah untuk berdakwah, kerana dakwah itu semata-mata kerana Allah - Lillaahi. Dakwah boleh dilakukan di mana jua, malah lebih afdal jika dilakukan di kawasan pendalaman di mana Agama (ad-deen - tauhid zat Allah) : Islam (al-Islam - I'ttiqad yang diredhai Allah terhadap hak-hak mutlaknya) belum bertapak dengan kukuh. Jika konsep dakwah itu benar-benar diambil kira, siapa di antara ulama PAS yang pernah berdakwah dengan sebenar-benarnya? Semua Ulama PAS siang malam hanya bercakap mengenai politik sahaja.
///
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
GUNA AGAMA SEBAGAI WADAH POLITIK MEMANG BINASAKAN UMAT DAN BINASAKAN AGAMA.
Sabda Nabi saw.. ﻭَﻳْﻞٌ ِﻷُﻣَّﺘِﻲْ ﻣِﻦْ ﻋُﻠَﻤَﺎﺀِ ﺍﻟﺴُّﻮْﺀِ ﻳَِﺘَّﺨِﺬُﻭْﻥَ ﻫَﺬَﺍ ﺍﻟْﻌِﻠْﻢَ ﺗِﺠَﺎﺭَﺓً ﻳَﺒِﻴْﻌُﻮْﻧَﻬَﺎ ﻣِﻦْ ﺃُﻣَﺮَﺍﺀِ ﺯَﻣ...
-
KECELAKAAN BESAR BAGI PAS DIDUNIA & AKHIRAT - " berkata-kata terhadap zat Allah (الدين : rububiyyah - رب : احد) dengan tidak be...
-
1) Apakah Sister In Islam (SIS) adalah golongan Pluralisme & Libralisme I'ttiqad Uluhiyyah - لله : اله (pokok ketuhanan-2 : tau...
-
Contoh : RUMAH IBADAH YG DILARANG : DIHARAMKAN ALLAH DARI MENDIRIKAN SOLAT DALAMNYA SELAMA-LAMA - SAMPAI MATI @ SAMPAI QIAMAT YG MAN...
-
Bercakap atasnama Islam (الاءسلام : pokok ketuhanan-2 - tauhid-2 @ i'ttiqad uluhiyyah : لله - اله), tapi Islam (اله : لله) itu se...
-
Se bahagian besar pemimpin & ahli taksub PAS dengan jelas dari golongan yang beri'ttiqad (yakin qalbu) dgn penoh Riya', Ujub...
-
PESANAN KEPADA GENERASI (Y)oung EDUCATED & BERPENDIDIKAN AGAMA YANG SEMPURNA - MEMADAI... APAKAH HUKUMNYA ORANG MELAYU - ISLAM JAD...
-
Bismillaahi tawakkal alallaahU !... Dengan jelas ambo mencabar seluroh Pemimpin PAS - mereka yang mengaku : melantik diri sendiri s...
-
Pas gagal berI'ttiqad (yakin qalbu) dengan I'ttiqad yang diredhai Allah terhadap hak-hak mutlaknya Islam - الاءسلام : I...
-
Imamiyyah Itsna 'Asya'riyyah - (Im -1 ) Ali bin Abi Thalib > (Im-2) Hasan bin Ali > (Im-3) Husein bin Ali > (Im-4) Al...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan